Monday, June 9, 2008

:: TERHARU ::

kak deeda, kak ani, along, kak cha dan aku.


farqese,aku,sharifah,banu,fadz, kak ema, mas susu, kak deeda & fauzi


trip ke OZONE glass

salam... hehehe... terharu????? kenapa aku terharu??? aku terharu kerana aku mempunyai rakan2 yg begitu memahami... thanks kepada BA 05 (hehehe... bukak sem nanti kita sume dah BA06) sebab korang sume banyak support aku... ye la... even result aku xbegitu memberangsangkan... tp korg sume bagi support kat aku...
thanks buat KAK ANI,KAK CHA, FADZ, HAN, ALONG, MAS, KAK DEEDA, AINA & YANG LAIN2...
xlupa jugak wat Boo Boo's Family (azfarketum dan aneem)....
thanks sbb korg banyak bg support kat aku... ada yg sms, ada yg msg kat ym... thanks a lot... :-) semoga korang sume mendapat keberkatan.... kita jumpa di nanti... Di sem yang lebih mencabar... Moga2 kita sumer dapat menempuhinya dengan sebaik-baiknya... to KAK DEEDA, MILHAN dan sume yang dapat dekan.... tahniah... doakan aku dpt plak sem depan.... Amin...

Read more...

Saturday, June 7, 2008

:: TEKAD REDA TABAH ::

Salam semua... huhu... aku xtau mcmana nak mula....
hrmmm... rasa sedih pun ada... gembira pun ada....
ni semua pasal result exam aku yang baru kluar semalam....
mcm2 perasaan aku rasa skrg...
ye la... result aku xsebagus seperti yg ku harapkan...

sedih juga bila difikirkan.. sebab aku dah try yg the best...
tp xmencapai sasaran...
tp aku tetap bersyukur kepada Allah S.w. t
kerana semua subject yang aku ambil lulus...
so xpayah susah2 nak ulang2 kan...

aku tetap reda dengan ketentuanNya...
dan terus tabahkan diri untuk menempuh sem2 yg bakal mendatang...
dan aku bertekad.. akan buat yang terbaik untuk sem yang bakal mendatang...

mungkin ada hikmah disebalik semuanya ni...
ye la... time exam plak la aku demam...
dan aku xconfident untuk lulus beberapa paper sebenarnya.....
sebab time jawab tu... aku mmg demam teruk...
sampai nak drive pun xlarat... nasib baik ada milhan...
Alhamdulillah.... mungkin berkat yg tuhan berikan kepada han...
maka dia memperolehi anugerah dekan...
anyway, tahniah milhan..

Alhamdulillah.. aku lulus. paling mengejutkan.. paper french aku dapat b...
sungguh keajaiban telah berlaku...huhu...
apa2 pun aku kena tabah menghadapi, reda dengan ketentuan Illahi dan tekad untuk menjadi yg lebih baik...

Semoga Allah merahmati hidup aku...
Amin...





rasa bersemangat plak bila dengar lagu tekad by hazami nih...

Tekad

Perjalanan kehidupan
Di kiri kanan dugaan Cabaran
Keseorangan menempuh ujian
Meneruskan perjuangan

( korus )
Takdir Maha Esa
Restu ayah bonda
Mencapai cita-cita
Usah putus asa
Kelak kau berjaya
Membela nasibmu
Masamu kan tiba

Keimanan keyakinan
Sinar cahaya penunjuk haluan
Walaupun payah kau harus tabah
Demi mencapai segala impian

( ulang korus )

( bridge )
Jika satu ketika
Langkah tidak terdaya
Berkat doa usaha
Tuhan Maha Esa

Menggapai cita-cita


Read more...

Thursday, June 5, 2008

:: Petrol dan diesel naik mulai tengah malam ini ::

PUTRAJAYA 4 Jun — Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kenaikan ini yang tertinggi selepas kenaikan terakhir pada 28 Feb 2006 melibatkan kenaikan 30 sen bagi seliter petrol dan diesel, masing-masing kepada RM1.92 dan RM1.58 sen seliter.

Pengumuman terbaru kerajaan ini juga sebahagian daripada mekanisme baru skim subsidi bahan api iaitu antara usaha untuk mengurangkan pembiayaaan subsidi bahan api sebanyak RM53 bilion setahun.

Langkah kerajaan mengapungkan harga bahan api itu mengikut harga pasaran global masih menjadikan Malaysia antara negara yang menawarkan harga bahan api yang terendah di rantau ini.

Harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan.

Perdana Menteri berkata bagi pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak termasuk dalam kategori bayaran tunai itu, Kabinet telah memutuskan untuk mengurangkan cukai jalan mengikut kadar berikut berkuatkuasa 1 Jun, 2008:

Bagi pemilik kenderaan persendirian petrol dan diesel berkapasiti enjin melebihi 2000cc, cukai jalan akan dikurangkan sebanyak RM200.

“Pada masa ini operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel menikmati harga subsidi berbeza bagi diesel,” katanya.

Harga diesel adalah RM1 seliter untuk nelayan dan RM1.20 bagi pemilik vesel.

Perdana Menteri berkata Kabinet telah bersetuju untuk menyelaraskan harga diesel kepada RM1.43 seliter berkuatkuasa esok, 5 Jun, 2008.

"Harga yang diselaraskan ini tidak akan menjejaskan syarikat pengangkutan di bawah sistem ’fleet card’ kerana mereka akan terus menikmati subsidi petrol dan diesel pada harga ini,” kata Abdullah.

Untuk ini, kerajaan bersetuju untuk membayar sebahagian daripada perbezaan harga lama dan baru secara tunai kepada nelayan dan pemilik vesel seperti berikut:

Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan.

Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara.

“Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan,” kata Abdullah.

Beliau juga mengumumkan mulai 1 Julai, 2008, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas di Semenanjung Malaysia akan diubah seperti berikut:

Bagi sektor elektrik, harga akan dinaikkan daripada RM6.40 setiap mmBtu (juta unit Termal British) kepada RM14.31 setiap mmBtu.

Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan kurang daripada 2 mmscfd (juta standard kaki persegi sehari), harga yang ditetapkan oleh Gas Malaysia Sdn Bhd (GMSB) akan dinaikkan daripada RM9.40 setiap mmBtu kepada RM24.54 setiap mmBtu.

Bagi pengguna sektor industri yang menggunakan lebih daripada 2 mmscfd, harga gas yang dibekalkan oleh Petronas akan dinaikkan daripada RM11.32 setiap mmBtu kepada RM32.56 setiap mmBtu.

“Bagaimanapun, bantuan khas akan diberikan kepada pengguna GMSB iaitu bagi kategori perusahaan kecil dan sederhana. Pengguna ini akan menghadapi kenaikan yang lebih rendah bagi kadar tarif gas.

"Selaras dengan dasar tenaga boleh diperbaharui, Petronas akan mengurangkan subsidi bagi sektor elektrik secara progresif sejajar dengan harga pasaran semasa, sehingga tahun ke-15, apabila parasnya mencecah harga pasaran,” kata Abdullah.

Pada masa yang sama, katanya subsidi bagi sektor industri akan dikurangkan secara progresif sejajar dengan harga pasaran, sehingga tahun ke-11 apabila parasnya mencecah harga pasaran.

Dalam mengumumkan struktur baru tarif elektrik, Perdana Menteri berkata Tenaga Nasional Bhd (TNB) terpaksa menampung kenaikan harga arang batu di pasaran dunia.

Katanya dengan penstrukturan semula subsidi gas dan kenaikan harga arang batu, kerajaan telah meluluskan satu struktur baru tarif elektrik bagi membolehkan TNB menyerapkos bahan api bagi gas dan arang batu.

Struktur tarif baru yang berkuatkuasa pada 1 Julai, 2008, akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung Malaysia sahaja dan satu struktur baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak, kata Abdullah.

Selaras dengan hasrat kerajaan melindungi sebaik mungkin kebajikan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, struktur tarif elektrik yang baru ini tidak akan menjejaskan pengguna yang menggunakan 200 Kilowat Jam (kWj) ke bawah setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang daripada RM43.60.

"Ini bermakna, 59 peratus isi rumah di Semenanjung Malaysia akan membayar kadar yang sama selagi mereka mengekalkan tahap penggunaan yang sama,” kata Abdullah.

Bagaimanapun, katanya pengguna komersial dan industri akan mengalami peningkatan sebanyak 26 peratus.

"Bagaimanapun, bagi kategori komersial dan industri, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil, serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang menggunakan tidak lebih daripada 200 Kilowat Jam (kWj) setiap bulan akan hanya mengalami kenaikan 18 peratus,” katanya.

Bercakap mengenai sumbangan syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP) ke arah mengurangkan beban rakyat, Abdullah berkata IPP dijangka menjana keuntungan lebih daripada pulangan pasaran.

"Selaras dengan penstrukturan semula subsidi bagi gas, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan peruntukan di bawah Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas IPP, sebagai sumbangan mereka terhadap kenaikan kos bahan api untuk menjana tenaga elektrik.

"Kuantum bagi levi itu adalah 30 peratus daripada lebihan pulangan aset pada nilai ambang melebihi 9 peratus berdasarkan akaun mereka yang diaudit,” katanya.

POP juga, kata Perdana Menteri telah mencatatkan kenaikan untung ekoran harga minyak kelapa sawit yang tinggi di pasaran dunia.

Oleh itu, katanya Kabinet juga bersetuju untuk memansuhkan levi sistem subsidi minyak masak (COSS) yang sedia ada berkuatkuasa 1 Julai, 2008, dan sebagai penggantinya memutuskan pelaksanaan peruntukan mengikut Akta Levi Keuntungan Berlebihan 1998 ke atas POP.

Levi berikut akan dikenakan pada peringkat pemproses:

Bagi Sabah dan Sarawak, 7.5 peratus bagi setiap tan minyak mentah kelapa sawit (CPO) yang melebihi RM2,000.

Bagi Semenanjung Malaysia, 15 peratus bagi setiap tan CPO yang melebihi RM2,000.

"Walaupun COSS telah dimansuhkan, harga minyak masak tetap sama kerana hasil daripada pelaksanaan levi baru ini akan digunakan untuk membiayai subsidi minyak masak.

"Kadar levi bagi POP di Sabah dan Sarawak adalah lebih rendah memandangkan mereka juga perlu membayar cukai kepada kerajaan negeri,” kata Abdullah.

— BERNAMA


Read more...

Tuesday, June 3, 2008

:: LAGU NUBHAN ::

hai hai... hehehe... kat sini aku post kan lirik lagu nubhan...
tim @ fatimah studiomate aku suka lagu ni....

aku pun suka lagu nih







Ada Untukmu - Nubhan
Ciptaan; Zetty Akmar

Lirik; Abie Abdullah


Di sana pungguk menanti mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah, janji yang puitis untuk persembahan
Hanya ketulusan sekeping hati suci


Aku berikan kasih kalau itu yang kau mahu dariku
Aku berikan cinta untuk membahagiakan harimu
Aku sayang dirimu biar pun nafasku sampai terhenti
Akanku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta


Seteguh kasih Shah Jahan kepada Mumtaznya
Terasa indah pabila berdua semakin tiba saat bahagia meraih cinta kita

Read more...

Monday, June 2, 2008

:: RESULT ::

Announcement

Keputusan peperiksaan pelajar ASASI
akan dipaparkan mulai 21-Mei-2008.

Manakala bagi pelajar-pelajar yang lain
keputusan peperiksaan akan dipaparkan
pada 9-Jun-2008 selepas mesyuarat
Lembaga peperiksaan UiTM.


Read more...

4 THINGS YOU PROBABLY NEVER KNEW YOUR MOBILE PHONE COULD DO

There are a few things that can be done in times of grave emergencies.. Your mobile phone can actually be a life saver or an emergency to ol for survival. Check out the things that you can do with it:

FIRST
Emergency


The Emergency Number worldwide for Mobile is 112. If you find yourself out of the coverage area of your mobile; network and there is an emergency, dial 112 and the mobile will search any existing network to establish the emergency number for you, and interestingly this number 112 can be dialed even if the keypad is locked. Try it out.


SECOND
Have you locked your keys in the car?


Does your car have remote keyless entry? This may come in handy someday. Good reason to own a cell phone: If you lock your keys in the car and the spare keys are at home, call someone at home on their mobile phone from your cell phone.
Hold your cell phone about a foot from your car door and have the person at your home press the unlock but to n, holding it near the mobile phone on their end. Your car will unlock. Saves someone from having to
drive your keys to you. Distance is no object. You could be hundreds of miles away, and if you can reach someone who has the other 'remote' for your car, you can unlock the doors (or the trunk).
Edi to r's Note: It works fine! We tried it out and it unlocked our car over a mobile phone!'


THIRD
Hidden Battery Power


Imagine your mobile battery is very low. To activate, press the keys *3370# Your mobile will restart with this reserve and the instrument will show a 50% increase in battery. This reserve will get charged when you charge your mobile next time.


FOURTH
How to disable a STOLEN mobile phone?


To check your Mobile phone's serial number, key in the following digits on your phon! e: * # 0 6 #
A 15 digit code will appear on the screen. This number is unique to your handset. Write it down and keep it somewhere safe. When your phone get s to len, you can phone your service provider and give them this code. They will then be able to block your handset so even if the thief changes the SIM card, your phone will be to tally useless. You probably won't get your phone back, but at least you know that whoever s to le it can't use/sell it either. If everybody does this, there would be no point in people stealing mobile phones.


This is the kind of information people don't mind receiving, so pass it on to your family and friends


Read more...

Sunday, June 1, 2008

::Akibat Buat Maksiat::



Akibat Buat Maksiat
sumber dari: www.iLuvislam.com
oleh: masrurah

Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

Maksiat mengahalangi Rezeki

Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. "Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad)

Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah

Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".

Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain

Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata, "Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".

Maksiat Menyulitkan Urusan

Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya.

Maksiat menggelapkan hati

Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata, "Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".

Maksiat Melemahkan Hati dan Badan

Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jika hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaimana kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.

Maksiat Mnghalangi Ketaatan

Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit berkepanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.

Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan

Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuaki jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.

Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain

Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.

Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani

Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat.



Read more...

Saturday, May 31, 2008

::Make Me A Supermodel::







halooooooooooooooooo....
hehehe... tadi aku boring tahap cipan..
then bukak youtube...
xtau nak tgk video apa..
type je "model"...
nah! aku terjumpa 1 rancangan reality tv..
similar mcm ANTM gak... tapi kalo ANTM tu for pompuan je...
but dis competition is dorg campur laki n pompuan...
huhu... so cool...
dis reality show actually UK yang buat dulu...
then america tiru...
hehehehehe... biasa la...
maybe next year..
ada plak version Malaysia..
who knows?????? kan...
It is hosted by supermodels Tyson Beckforn
digandingkan bersama Niki Taylor....
Read more...

Thursday, May 29, 2008

:: JALAN YANG LURUS ::

SUMBER DARI: AMIR MAAROF

JALAN LURUS SEPULUH YANG MESTI DITEMPUH
yang pertama bahwa Allah maha esa
yang kedua Muhammad rasul kita
yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita
yang keempat cinta guru-guru kita
yang kelima cinta tanah air kita
diri kita memancarkan cahya cinta
semoga Allah membimbing kita semua
...
...
JALAN LURUS SEPULUH YANG MESTI DITEMPUH
yang keenam solat mari ditegakkan
yang ketujuh Quran baca diertikan
yang kelapan sedekah jangan terbawa
yang sembilan puasa penuh keikhlasan
yang sepuluh senyum sopan senantiasa
keramahan perilaku diri kita
semoga Allah membimbing kita semua

Read more...

Wednesday, May 28, 2008

::Convocation::

halooo sumer...
hehe.. 25 may 2008 bersamaan ngan ari ahad... adalah hari yang sangat bersejarah dlm hidup aku.
setelah 3 tahun bertungkus lumus, bersengkang mata. akhirnya dpt juga aku diploma...
tersentuh hati aku bila melihat kedua ibubapa aku... sekurang2nya jasa mereka terbalas...
at least aku dpt membanggakan mereka...

5.15 am

hehehe... aku ngan family aku (abah,ibu,adik wawa bersama rakannya) bertolak dari rumah..
alamak.. ngantuknya... ye la.. aku yang kena drive memandangkan abah aku tidak berapa sihat dan tidak membenarkan beliau drive... mengantuknya... rasa nak cepat sampai jer...
dah la aku drive slow... ye la gelap lagi waktu tuh...

5.55 am

berhenti menunaikan solat kat r&r apa ntah.. aku lupa nama tempat tuh...
kat highway guthrie tuh... lepas tuh meneruskan perjalanan ke sh alam.. ( ceh! mcm jauh je kan)

6.20 am

sampai kat sec. 7
breakfast jap.. sambil menunggu fadz sampai bersama family dia...


6.45 am

fadz pun sampai...
aku ngan family pun gerak la...
parking kat parking bertingkat.. untungnya dtg awal.. xyah parking kat padang kawan...
leceh... kena parking pastu naik bas lak nak ke dewan..


hehehehehe... pastu jumpa ngan family fadz.. bersalaman la family aku ngan family dia...
and then kitorg sama2 naik gi dewan... tangga bapak banyak.mcm ziggurat.


sampai2 je jumpa zam... pastu gi kat tempat register...
on da way tu jumpa hakim.. pastu tgk dia bawak kertas kuning yg ada tulis no. giliran tu...
erm... alamak.. sume benda2 tu ada kat ibu...
hrmm. so, kena patah balik mencari ibu...


pastu gi balik kat tmpat register tu... on da way tu jumpa raudhah ngan family dia,
pastu kitorg gi tempat register tu sama2.
pastu arif plak call... dia sesat katanya...
pastu nasib baik jumpa jalan...

beberapa minit kemudian... arif pun sampai...

hrmmm... tepat jam 8.00 am...
kitorg diminta beratur untuk ke dewan...
fuh... panas nyer...


sampai je dlm dewan... sume duduk ikut no. giliran masing2...
pastu acara dimulakan dengan penganugerahan ijazah kepada student ijazah la... lama nya nak tunggu... aku org ke 711... ambik ko lama tuh...
4 kali rehat...
time rehat2 tuh ada selingan nyanyian dr student uitm.. mak aku ckp bdk2 tu nyanyi sedap...
sedap ker?
sedap la kot.. hehehehehe...
huhu.. sampai je turn diploma rekabentuk dalaman.aku dah cuak...
ye la... aku ni mmg ada masalah skit kalo bab2 naik pentas nih...
gabra skit...
xpe2
control hensem hahahahaa...
matilah kontrol hensem...
hensem ke aku...
hehehehhee... abis je upacara ni.. sumer org kuar mcm ayam keluar dari reban...
ntah kemana hala semua..
frust jugak sbb xdapat jumpa member2 aku
bergambar..
sempat bergambar ngan beberapa org je...
argghhhhhhhhhhhh!!!!
frust...

lepas amik gambar sumer..
aku ngan arif pun gi sama2 pulang jubah... malas nak tunggu dah... dah berpeluh dah badan aku...
pastu dah salam2 arif sume.. aku ngan family pun balik la...
fuhhhh.....................



ni ada skit gambar2 masa convo aritu..




salmiah,raudhah,aku dan milhan.






aku dan ameer..





aku,arif,fadz dan han





arif




aku dan arif




arip bersama keluarga







aku bersama arif lagi





aku bersama raudhah





raudhah hassan

Read more...

Thursday, May 22, 2008

SELAMAT DATANG....

hehehehe...
aku ada hamster bru...
bru je beli td...
tp ni spesis lain...
bukan mcm fiona ngan romeo...
hehehehe....
ni ada skit pic2 hamster aku yg xbernama lagi nih...







Read more...

Saturday, May 17, 2008

:: SELAMAT hari guru ::

selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia
dan xlupa kat cikgu-cikgu S.K KERLING dan S.M.K.K.K.B
terima kasih diatas tunjuk ajar...
tanpa anda semua siapa la saya ketika ini...
hehehe...
sekarang dah masuk universiti....

hehehe....
petang tapi aku saja2 la gi skolah...
lepas je amik mak aku dari office dia
terus aku gi skolah...
saja nak tgk keadaan skolah tu skarang....
rindunya nak skolah balik...
nak pakai uniform skolah... jumpa kawan2...
cikgu-cikgu....
nak nyanyi lagu skolah...
hahahahaha...
merepek je aku ni....







smkkkb



signboard skolah aku..


padang smkkkb

Read more...

Friday, May 16, 2008

MYhamsters...

aloooo.... huhu... bosannya pagi ni...



saja2 nak post pic my hamsters...



fiona ngan romeo...



fiona tgh berlari






cak!!!!!


romeo.... tido je keja...




abaikan gambar ini yer....









anak romeo ngan fiona... xde nama sebab dah mati....

sob.. sob.... sedey....


Read more...

:: FINALLY ::




hehehe....

akhirnya terjawab sudah siapakah yang akan ke final

american idol...

mmg tepat la tekaan aku...

2 DAVID ni yang

akan mara ke peringkat akhir...

ye la

dua-dua ni suara sedap...

hensem plak tuh....

yang mengundi ni plak rata2nya wanita....


heheheheh...


DAVID ARCHULETA

&

DAVID COOK


huhu...

2 DAVID


jangan lupa saksikan grand final american idol

next week....

Read more...

:: FINAL DEGREE FASHION SHOW ::




iskandar

fauzi
nik






Hehehe... saja nak promote nik,iskandar ngan fauzi sat........


date: 17 may 2008
time: 2pm-5pm
venue: intekma resort shah alam....

tiket boleh didapati di entrance ya....
datang jangan tak datang....
kepada nik,iskandar dan fauzi...
gud luck yer....







Read more...

Thursday, May 15, 2008





huhu... grand final American Idol dah semakin hampir... siapakah yang akan melankah ke peringkat akhir????

DAVID ARCHULETA, DAVID COOK & SYESHA MERCADO????

siapa ek???

kita saksikannya malam ini...

hehehehehe......


Read more...

:: RUTINharian ::

pagi-pagi aku dah memulakan rutin harian
aku bila cuti-cuti nih...
antar ibu aku gi keja, antar adik aku gi skolah....
tugas yang sepatutnya menjadi tugasan harian
abah aku telah digalas oleh aku plak...
ye la.. abah aku xberapa sihat...
:-)

Read more...

Wednesday, May 14, 2008

GAMBAR lagi

huhu.... time ni lepak kat kamal... huhu RAIHAN ngan ZUKI pun ada...

all da future designer.. hahahahaha

yang ni catcha edit... semat kan??

segaknya farqese




teringat plak suka duka aku time kat BA05 ni... huhu....
sebab masa ni jugak la aku dapat lihat mana yang
boleh aku anggap lawan.. dan mana yang boleh dianggap kawan...
tapi so far, aku rasa semua ok... cumer ada certain2 manusia
kat dalam studio ni yang aku xberapa nak berkenan ngan perangai
dorang.... ada la org2 tertentu
tp aku sayang sume gang2 aku yang selalu lepak kat kamal... makan sama2...
sapa yang slalu lepak2 ngan aku tu dorang tau la.... aku sayang korang....
of course korang sume ex-uitm perak...

hehehe... ni ada lagi gambar-gambar sepanjang aku di BA 05.... banyak jugak kenangan aku ngan rakan-rakan...
Read more...

.: Final Presentation :.

huhu.... ni aku ada post skit gambar-gambar
poyo aku time presentation final aritu...
korang tengok la ek...


aku bersama drawing yang tak seberapa nih.



segak bergaya... hahahahaha




inilah hasilnya.... huhuhuhuhu.................





Read more...

huhu.... seronoknyaaaaaaaa..

huhu... seronoknya.... cuti panjang... nak rileks otak...
1 sem telah berlalu... tinggal beberapa sem lagi nak abis...
tp ntah la,,, bila teringat balik masa exam aritu, aku jadi
x konfiden ngan diri aku sendiri... ye la... menjawab exam
dalam keadaan demam. sapa yang sanggup...
hrmmm..... dah la aku xleh nak drive....
nasib baik la ada han..
dia la yg banyak tlg aku aritu...
xlupa jugak kat fadz ngan along yang banyak membantu..
tp aku xpuas ati btul ngan pak guard uitm yg macam P***m*K.
tolong la bertimbang rasa skit....
asyik nak menyaman student jer...
apa ko igt idup aku nih nak membayar saman ko jer ker???
bengong aku... rm50 melayang mcm tu jer...
siot...
rm 50 tu duit minyak keta aku seminggu lebih.. huhu...

Read more...