Monday, November 24, 2008

:: Promo DeJam ::

video
Read more...

Sunday, November 23, 2008

:: Tips Kurus ::

hurm... sungguh bosan arini.... bila aku belek2 blog yang slalu aku baca.... tetibaaku nampak benda ni kat blog Adrianna.... so, apa lagi... copy la... untuk diri sendiri dan untuk oranglain... ayuuuuuuuuuuuuhhhhhhh................

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.

15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-
- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.
Read more...

Friday, November 14, 2008

:: SAMPAI KESITU ::

yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... exam dah abis.... aku pun dah kat kuala kubu bharu... so ada la masa aku nak update blog aku nih... xnak bg ianya bersawang seperti sesetengah blog... ops.... ada yang terasa???? ampun....

ok la... aku nak cerita pasal aku pergi melawat junior2(nasib baik aku ada junior lagi)aku. Actually aku, han dan along pergi uitm sri iskandar perak ni sebenarnya ada tugas.... han dan along nak present n actually nak brief pasal event yang bakal berlansung kat uitm malaysia.... iaitu event de-jam = design jamboree....



han dan along bertolak dari shah alam.. then terus singgah kat teratak aku yg xseberapa ni.... hehehee... kalo xsilap aku, dorg sampai kat umah aku dalam pukul 3 lebih.... then, kitorg pun meneruskan perjalanan.... dalam perjalanan tu.. aku teringat gak la kenangan aku kat perak dulu... ingat jalan2 yang aku lalui.... banyak gak la perubahan... paling aku terkejut bila lalu kat simpang nak masuk clearwater resort tu.... eh... dah ada simpang baru..... rupa-rupanya dah ada jalan str8 yang akan dilalui terus ke tronoh... huhu... xpayah masuk batu gajah lagi... jimat masa... jimat tenaga... huhu... flyover yang dulunya banyak memberi masalah dan mengelirukan org ramai pun dah siap.... huhuhu... apa lagi??? utp?? hurmmm dah ada stesen minyak petronas kat tepi jalan tuh.... sampai je kat kawasan taman maju... aku tgk xde perubahan pun... yang ada perubahan pun bila tgk ada foodcourt baru buat kat area foodcourt sedia ada skrg ni kat taman maju...

huhu... sesampai je kat uitm.... aku, along n han... menjerittttttt!!!!!!!!!! uitm!!!!!!! kami datang!!!!!! seronoknya.... hehehe... seronok memang seronok kepada mereka yang menghargai.... aku paling terkejut bila tgk bukit aman dah berubah....

bukit aman...





aiyooooooooooooooooooooo setahun je aku tinggalkan perak... banyak jugak yg dah berubah.... banyak lagi perubahan... tp aku saja je ringkaskan... nanti xlarat org nak baca... kami pun pegi la melawat junior2 yang dah part 6... huhu... tak aci... dorg dapat studio kat atas tec... ada aircond lak tu... huhu.... aku jumpa azza,ada,wawa,fareeza,yasmin, pakdin, razuha, yaya.... dan ramai lagi.... xsangka dorg ingat lagi kat aku.... huhuhuhu...


yasmin,aku,nadia,junior dorg,ixu,fareeza,adaa n wawa



senyum...



pantang nampak camera... hehe



makan dalam studio....







lepas lepak ngan dorg... kami keluar gi makan... kat mana??? kat restoran HUDA.... huhu... dulu.. masa aku blaja kat perak... restoran huda ni la tempat kitorg lepak... actually nama restoran ni restoran norzan... tp disebabkan anak makcik norzan tu nama huda... dan dia pun baik ngan kitorg... so melekat la nama restoran tu restoran huda... aku makan bihun goreng dgn fish n chip... ingat nak order american starter... tp xpe la... nnti kenyang sangat lak.... lepas abis makan... kami semua gi rumah shahir.... kawan baik aku masa kat perak dulu.... dia ni banyak tlg aku dulu... tlg tukarkan tayar keta aku... tlg betulkan alarm... bagi pinjam keta... huuhuhuhu... tp aku sedih bila dapat tau ada sesuatu menimpa shahir.... xpe shahir... walau apa pun yang terjadi... ko tetap kawan aku dunia akhirat.... aku harap ko tabah ngan dugaan tuhan...aku xnak cerita apa yang berlaku pada shahir.... sedih aku... nasib baik aku dapat jumpa ko lagi... kalo x... hurm... kami bermalam kat umah shahir... kereta sewa shahir makin bertambah... kaya ko shahir.... huhuhuhu... keesokkan arinya...


shahir



kereta yang pernah aku sewa...



bila aku bangun je.. aku sedar2 along ngan han tgh basuh keta.. mentang2 la umah shahir lengkap alatan mencuci kereta... senang la korg... huhuhuhu... selesai je... kitorg pun bersiap untuk ke uitm.... jumpa lecturer n junior2 sebelum balik.... huhu... jumpa pn. min... pn. gg .... en. man jr... ramai lagi la... sebelum balik tu... kitorg singgah kat kedai pn. min. huhu... aku langgar pantang... aku makan nasi.... dah lama xmakan nasik tp disebabkan makan kat kdai pn min... sapa xnak makan nasik kat situ kan.... lauk sedap... hehehehehe.... time nak bayar tu... kakak pn min ckp kat kitorg yg dia blanja... huhuhu... rezeki... selesai makan kitorg pun bertolak ke shah alam.... huhu... tp aku singgah umah parent aku dulu... amik keta... then konvoi ngan along... tp kitorg berpecah bila masuk highway guthrie sebab aku nak gi amik fadz kat sg. buloh... huhu... sampai shah alam dalam pkl 7 mlm.... letihhhhhhh.... aku mandi... dan terus tidooooooo... lalalalalalalalalaa....

Read more...

Saturday, November 8, 2008

:: Suka suki ::

huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrghhhhhhhhhhhhhhhh....
exam akutinggal 1paperje lg... paperbahasa ketiga.... cepat la abis...
aku dah tak larat nak tunggu...
apa2 pun aku rindu segala kenangan aku untuk semester ni... semester paling mencabar sepanjang aku menjadi student universiti...
mcm2 pengalaman la aku dpt sem ni... hehehehehe..
kawan jadi lawan...
lawan jadi kawan...
yang baik terserlah...
yang jahat plak terungkai...
dan aku banyak belajar erti seorang manusia yang bergelar kawan
hrmmm... xpe la... malas aku nak crita pasal ni...
aku nak letak sikit pic2 kenangan masa di BIA 06


bet n darina




jantan terhebat!!!!


Read more...