Monday, January 4, 2010

:hari pertama:

hehehe... hari pertama persekolahan.. ok la... tp seperti agak boring... xtau kenape.. heheheh... takpe la.. sekarang ni akuu hanya mengharapkan kebahagiaan itu datang... dan semoga allah mempermudahkan segala urusan aku.... hari pertama persekolahan memang biasa... tp arini juga adalah hari pertama aku workout kat fitness first... hehehe... baru sign up jadi member.. aku bersama arif dan epul... but epul xmendaftar lagi kerana dia perlu berfikir dahulu.... its ok... apa2 pun aku happy sgt..hehehehe.. doakan yg terbaik ye kawan2...

Friday, January 1, 2010

2010




Alhamdulillah... kita telah melangkah ke tahun 2010... aku pun dah menjangkau usia 24 thn tahun ni.. huhu... apa yang aku harapkan untuk tahun ni.. adalah nak jadi yang terbaik...
Alhamdulillah... 2009 memberikan kenangan yang cukup indah bagi diri aku.. hehehhe... selepas 2008 zaman kejatuhan aku dan 2009 aku bangkit sedikit demi sedikit. dan aku harapkan yang terbaik untuk tahun 2010 ni... Aku harap korang pun sama k... hehehhee..



Saturday, September 19, 2009

:: Thanks C-ha ::


Ni kad Raya yg aku terima dari c-ha...
cute... thanks c-ha.. selamat hari raya...

Friday, September 18, 2009

:: Selamat Hari Raya ::



Salam...
hari ni merupakan hari yang terakhir kita berpuasa...
esok dah raya... dikesempatan ni... aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri aku dan xlupa juga kepada pembaca setia blog aku... Maaf Zahir dan Batin jika setiap penulisan aku ada membuatkan korang semua tersinggung.... hehehehe...

Tuesday, September 8, 2009

:: Sedih ::

Aku sgt sedih.. dengan apa yg berlaku pada diri aku skrg ni... mesti sapa2 yang baca ni nak tau apa yg berlaku pada diri aku kan? xpe.. bila semua dah berada dalam keadaan ok... aku akan cerita kat sini...

tp apa2 pun aku berharap semoga Allah memberi kekuatan kepada aku untuk tempuhi segalanya...
kepada fazlina... thanks sbb dgr masalah aku..

Thursday, July 23, 2009

:: Kejamnya ::

baru sekejap td... dalam pukul 1.30 pagi... aku pergi kat kereta jap.. ank amik beg... masa aku nak masuk kat umah balik... aku terdengar la bunyi anak kucing... aku tgk ada anak kucing kat sebelah kaki aku... keadaannya amat sedih... ekornya putus... (aku rasa mcm nak nangis bila tgk ekor dia).... kebetulan ibu xtido lagi.. ibu tlg gaulkan nasi ngan ikan goreng... untuk bagi kucing tu makan... kesian sangat.. dia makan macam 10 ari x makan... sedih aku tgk.... sape la yang sanggup buat dan buang kucing tu sampai mcm tu skali... kucing tu kan binatang kesayangan Nabi Muhammad S.A.W

Wednesday, June 17, 2009

:: cupcakes ::

Aku harap xterlambat la nak post gambar2 cupcakes yang aku buat untuk bbg aritu...
ni gambar2 cupcakes yg comel itu...




Monday, June 15, 2009

:: BBQ+REUNION 5KI1 ::

Salam...
Jumaat lepas bersamaan 12 jun 2009... aku dan member2 skolah (5ki1 2003) telah mengadakan reunion part 2... reunion part 1 telah diadakan pada 04.04.2004.. time tu kitorg makan2 je kat Dataran Kuala Kubu Bharu... Tp untuk Part 2 ni kitorg wat BBQ plak.. bertempat di rumah loqman... di kg Kelapa... Seronok gak la... mcm2 aktiviti kitorg buat... ada main kuiz2... main tulis2... pendek kata memang happy la mlm tu.. selain drpd tu dapat la meluangkan masa ngan kawan2 yang sebelum ni bz ngan tanggungjawab masing2... kebetulan plak aku cuti time ni... so rasanya ni la masa yang sesuai... huhu... .. ok la... tanpa bercerita panjang... korg layan la pic2 kat bawah ni k...















Monday, June 8, 2009

:: OFAdatangKKB

salam... huhu... ni adalah post ke 100 blog aku... keji kan? dah bertahun ada blog tp baru sekarang nak post yang keseratus.... orang lain yang baru je berjinak2 ngan blog ni pun dan menimbun post.. huhu.... xpe la... aku sebenarnya nak cerita pasal aktiviti aku ari ahad lepas (7/6/2008)... pagi ahad tu aku bergegas ke kenduri kawin abg acong.... pergi bersama ina,loqman dan ina.... huhu... kami membantu acong... bantu ker? aku xsangat... hehehehe... yang gigih membantu adalah mereka2 yang lain... aku membantu jugak... tp membantu melihat.. hahaha..
setelah pengantin sampai... selang beberapa minit, kami pun beransur dari majlis tersebut... dah salam2 nak ngan kakak acong.. kitorg pun balik.... then lepas tu kitorg rasa mcm nak lepak2 dulu.... nak cari cendol... singgah ke Kg. Darul Atiq... pekena cendol Pak man... sedap... Mawi ngan dr. fazley pun pernah berhenti makan kat sini....

tengah rancak kitorg makan cendol... tetiba ofa call ina... dia ckp nak datang KKb... time dia call tu dia ada kat Seri Kembangan... huhu... mcm lama lagi je... so lepas abis melantak cendol tu.. kitorg pun decide nak balik umah masing dulu... untuk menukar baju sementara tunggu ofa sampai... aku hantar dorang balik dulu dan aku tumpang baring kat umah loqman... aku malas nak balik umah, takut tertdo xde sapa nak kejutkan.... hehehehe...

dalam kol 5... Ofa bersama bfnya dah ampai... dorg pusing2 pekan kuala kubu bharu nih... xpe2... korg pusing2 dulu... aku pun bersiap2... padahal xsiap apa pun... aku ngan loqman terus kluar umah then gi amik ana.... so... lepas tu kitorg decide nak lepak kat restoren FAZLINA MAJU...then ofa muncul.... selang beberapa minit kemudian... ina plak sampai.... kitorg order makan... then... ina gi amik achong.... bestnya semua ada. tapi zaim je takde... takpe la... Fahmi pun ada gak... at least ramai sikit kawan2... leh gelak2... then kitorg decide nak ke empangan sungai selangor... dekat je... kat kkb gak.... kitorg gi situ untuk amik gambar... hurm... aku dah ngantuk ni... korg tgk la pic2 ni k...



















Wednesday, May 27, 2009

:: EMP4Tpuluh5 ::

kepada exstudent id uitm perak batch yang ke 45... kalo korang ada facebook, add la group ni EMP4Tpuluh5

Saturday, May 16, 2009

:: AMERICAN IDOL SEASON 8 ::






















Pic from american idol official website. click here


Huhu... siapakah yang akan menjadi juara American idol 8? sama2 kita tunggu... (xsabar)huhuhuhu......

:: HAFIZ JUARA ::

Artikel dari laman web rasmi akademi fantasia








Debaran transformasi AF7 berakhir apabila Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim Ketujuh di Stadium Putra, Bukit Jalil, seperti yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104)

Dengan memperolehi undian sms terbanyak daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia untuk menjuarai musim ketujuh program realiti hiburan terbitan Astro yang paling popular di Malaysia itu

Sekaligus menewaskan 4 finalis lain iaitu Yazid, Akim, Isma Aril apabila beraksi dengan baik pada malam itu menerusi lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain serta lagu baru Masih Jelas

Dengan kemenangan itu, Hafiz berjaya membawa pulang kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, Percutian Ke New York Untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), Camera U130 (Olympus), Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), Jam Tangan Hugo Boss (Hugo Boss), Brand Innershine untk dinikmati selama 1 tahun (Cerebos), Nokia 5730 Xpress Music (Nokia), wang tunai RM20, 000 serta trofi

Sementara itu, Khairil Azam Pilus atau Aril, 24 dari Kuala Lumpur yang diumumkan sebagai naib juara bagi musim ini pula seperti biasa tidak mengecewakan apabila sentiasa tampil dengan aksi dan persembahan yang cukup berani, tersendiri serta menghiburkan menerusi lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi serta lagu baru Toksik

Dengan kemenangan itu, Aril yang kini digelar ikon di kalangan peminat remajanya berjaya membawa pulang hadiah berbentuk baucer percutian bernilai RM,3000 tajaan Maybelline, Camera U1030 (Olympus), Karaoke Set Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss (Hugo Boss), wang tunai RM10,000 serta trofi

Tempat ketiga menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu terakhir AF7. Kemenangan itu, sekaligus melayakkan Akim .untuk memenangi baucer percutian bernilai RM2,000 tajaan Maybelline, Camera F3320 (Olympus), wang tunai RM8,000 serta trofi

Berasal dari Johor Bahru, Johor Akim telah berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru Bengang dengan kejutan yang mantap

Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat keempat apabila menyampaikan lagu Dewa 19 berjudul Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi

Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila dia hanya sekadar berjaya menduduki tempat ke-5 dalam konsert akhir AF7 ini menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan…Godaan hasil ciptaan Zul suaminya sendiri

Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini dan Sidi

Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6 terdahulu Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan band muzik Bunkface

Konsert final hebat itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dan menampilkan pengacara diari AF7, Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie

Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya upacara graduasi akademi sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi

Berikut adalah kedudukan undian pada malam ini

Kedudukan undian sebelum konsert bermula

PELAJAR PERATUSAN (%)

HAFIZ 44
ARIL 22
YAZID 15
AKIM 13
ISMA 6

Kedudukan undian selepas undian ditutup

HAFIZ 46
ARIL 22
AKIM 18
YAZID 9
ISMA 5

Teruskan sokongan anda kepada mereka dan menonton rancangan-rancangan menarik di Astro Ria (Saluran 104)

Thursday, May 14, 2009

:: IMBASAN ::




uhuuu... saja je mengimbas kembali perjalanan final presentation aritu...

Tuesday, May 12, 2009

:: Cuti+Bosan=Meronggeng ::









huhu... best x tajuk kat atas tu...
hurm.. memang aku bosan dok kat umah time cuti2 ni...
tp nasib baik la ada member2 aku yang turut bercuti gak... ehehehehe...
so... macam2 la aktiviti sampingan yang dijalankan masa cuti ni...
antaranya...
membersihkan rumah orang tua2,
surau2...
dan juga pejabat pos...
hahahahah... sorry la aku merepek skit... ni semua puncanya adalah disebabkan aku.....


boring yang teramat la sgt...


apa2 pun... korang tgk la gambar2 kat bawah ni....




















































Friday, May 1, 2009

:: Bersuka Ria ::

huhu... ari khamis aritu, aku ngan bdk2 kelas id aku gi berkelah kat sungai congkak... fuh... perjalanan agak jauh la memandangkan kitorg dari shah alam.... huhuhu.... tapi apa2 pun... kitorg enjoy sgt.. sbb xde org... ye la... hari bekerja kan... mana nak ada org... tp nasib baik la hujan turun lepas je kitorg abis mandi... Alhamdulillah... ni aku nak kongsi skit gambar2 untuk tatapan korg...











Tuesday, April 14, 2009

::TAKZIAH::

Takziah aku ucapkan kepada loqman sekeluarga kerana bondanya yang tercinta telah pergi menemui Illahi....

8 april 2009
Masa aku tengah siapkan final project, mak aku ada call, bgtau yang mak saudara zaim meninggal dunia... (zaim sepupu loqman).. tapi aku xterfikir plak arwah mak loqman....dan mak aku pun xsure sapa.... tp yang aku sedih...

9 april 2009
selepas je aku submit final project tu keesokkan harinya... aku bleh pergi bersuka ria berkaraoke kat jj bukit tinggi... aku betul2 xtau pasal benda ni.... then lepas habis karaoke dlm kol 9... aku pergi ke uptown shah alam... saja berjalan2 ngan epul n byoung....

10 april 2009

tapi bila sampai umah... perasaan nak balik umah family tu sangat kuat... bayangkan aku xpernah balik kuala kubu selepas pukul 1.30pagi... tp hari tu macam ada sesuatu yang suruh aku balik... seperti aku kena tau sesuatu... then aku terus balik... dalam pukul 3pagi aku sampai.... then aku terus capai hp abah aku.. msg kawan-kawan... yang reply msg aku ialah ina... dia yang ckp kat aku yang mak loqman dah xde... aku betul2 sedih.. air mata aku keluar serta merta.... ina ada ckp yang kawan2 kita ada try call aku tapi xdapat... tp nak buat mcmana.. simkad 012 aku rosak.... dan aku pulak lupa nak bgtau yang aku pakai simkad 014 buat sementara waktu. Ina suruh aku jumpa ko esok harinya..... sebelum aku balik ke shah alam semula ptg tu...

Aku sempatlah jumpa loqman pada keesokkan harinya.... muka loqman nampak tenang.... Aku tau... Loqman dah wat yang terbaik untuk arwah emaknya... dia sanggup xcari kerja dulu lepas abis study sebab nak jaga mak dia... man... ko contoh anak yang baik.... tp aku terkilan skit la sbb aku tahu pasal berita ni sehari selepas jenazah arwah mak ko selamat disemadikan... Apa2 pun marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah kepada Arwah mak loqman serta arwah umat2 islam yang lain.... semoga ditempatkan dikalangan roh2 org yang beriman... Amin......

Thursday, April 2, 2009

:: OIAM ::

huhu... seakan bersawang dah blog aku ni... abis gatal2 idung aku sebab habuk masuk idung... hahahahahaha.... okla... sebelum aku meneruskan repekkan aku ni... aku nak kongsi sikit pic2 yg aku amik masa gi show oiam ari jumaat lepas.... well.. tomok dapat immunity.... huhu... tiap2 kali aku datang je... tomok mesti dapat.. huhu... ok la... layan la pic2 kat bawah ni...









Sunday, March 8, 2009

::SALAM MAULIDUR RASUL::

SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM....
BANYAKLAH BERSELAWAT KEATAS NABI JUNJUNGAN KITA...

Friday, March 6, 2009

:: SATU TRANSFORMASI AKAN BERLAKU ::

HUHU... UNTUK ENTRY AKU YG TERBARU INI... AKU MINTA MAAF LA KALO ADA YG XSUKA ATAU MELUAT EK.... AKU SEKADAR BERKONGSI CERITA... HUHUHU....




INILAH CALON2 PELAJAR AF7 2009....












gambar2 diperolehi dari klubbkidd

Friday, February 20, 2009

bijou bazaar

halooo... lama rasanya xberblogging.. maklumla bz je memanjang... so, arini aku ada kesempatan skit... rasa nak memblogging secara marathon.. huhu....
minggu lepas bersamaan 14 feb. aku bersama raihan,catcha n bet ke bijou bazaar... saja2 berjalan2 menenangkan fikiran yg tidak tenang... hahahaha... apa2 pun.... kita layan~~~~~~~~

catcha




kiss u now raihan??? are u sure???




jgn xbeli...




catcha paling comel.. hehehehe




bosan menunggu..............





senior bertemu junior





kasut itu lawa...