Salam... Jumaat lepas bersamaan 12 jun 2009... aku dan member2 skolah (5ki1 2003) telah mengadakan reunion part 2... reunion part 1 telah diadakan pada 04.04.2004.. time tu kitorg makan2 je kat Dataran Kuala Kubu Bharu... Tp untuk Part 2 ni kitorg wat BBQ plak.. bertempat di rumah loqman... di kg Kelapa... Seronok gak la... mcm2 aktiviti kitorg buat... ada main kuiz2... main tulis2... pendek kata memang happy la mlm tu.. selain drpd tu dapat la meluangkan masa ngan kawan2 yang sebelum ni bz ngan tanggungjawab masing2... kebetulan plak aku cuti time ni... so rasanya ni la masa yang sesuai... huhu... .. ok la... tanpa bercerita panjang... korg layan la pic2 kat bawah ni k...
salam... huhu... ni adalah post ke 100 blog aku... keji kan? dah bertahun ada blog tp baru sekarang nak post yang keseratus.... orang lain yang baru je berjinak2 ngan blog ni pun dan menimbun post.. huhu.... xpe la... aku sebenarnya nak cerita pasal aktiviti aku ari ahad lepas (7/6/2008)... pagi ahad tu aku bergegas ke kenduri kawin abg acong.... pergi bersama ina,loqman dan ina.... huhu... kami membantu acong... bantu ker? aku xsangat... hehehehe... yang gigih membantu adalah mereka2 yang lain... aku membantu jugak... tp membantu melihat.. hahaha.. setelah pengantin sampai... selang beberapa minit, kami pun beransur dari majlis tersebut... dah salam2 nak ngan kakak acong.. kitorg pun balik.... then lepas tu kitorg rasa mcm nak lepak2 dulu.... nak cari cendol... singgah ke Kg. Darul Atiq... pekena cendol Pak man... sedap... Mawi ngan dr. fazley pun pernah berhenti makan kat sini....
tengah rancak kitorg makan cendol... tetiba ofa call ina... dia ckp nak datang KKb... time dia call tu dia ada kat Seri Kembangan... huhu... mcm lama lagi je... so lepas abis melantak cendol tu.. kitorg pun decide nak balik umah masing dulu... untuk menukar baju sementara tunggu ofa sampai... aku hantar dorang balik dulu dan aku tumpang baring kat umah loqman... aku malas nak balik umah, takut tertdo xde sapa nak kejutkan.... hehehehe...
dalam kol 5... Ofa bersama bfnya dah ampai... dorg pusing2 pekan kuala kubu bharu nih... xpe2... korg pusing2 dulu... aku pun bersiap2... padahal xsiap apa pun... aku ngan loqman terus kluar umah then gi amik ana.... so... lepas tu kitorg decide nak lepak kat restoren FAZLINA MAJU...then ofa muncul.... selang beberapa minit kemudian... ina plak sampai.... kitorg order makan... then... ina gi amik achong.... bestnya semua ada. tapi zaim je takde... takpe la... Fahmi pun ada gak... at least ramai sikit kawan2... leh gelak2... then kitorg decide nak ke empangan sungai selangor... dekat je... kat kkb gak.... kitorg gi situ untuk amik gambar... hurm... aku dah ngantuk ni... korg tgk la pic2 ni k...
Debaran transformasi AF7 berakhir apabila Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak diumumkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim Ketujuh di Stadium Putra, Bukit Jalil, seperti yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104)
Dengan memperolehi undian sms terbanyak daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti masyarakat Malaysia untuk menjuarai musim ketujuh program realiti hiburan terbitan Astro yang paling popular di Malaysia itu
Sekaligus menewaskan 4 finalis lain iaitu Yazid, Akim, Isma Aril apabila beraksi dengan baik pada malam itu menerusi lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain serta lagu baru Masih Jelas
Dengan kemenangan itu, Hafiz berjaya membawa pulang kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, Percutian Ke New York Untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), Camera U130 (Olympus), Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), Jam Tangan Hugo Boss (Hugo Boss), Brand Innershine untk dinikmati selama 1 tahun (Cerebos), Nokia 5730 Xpress Music (Nokia), wang tunai RM20, 000 serta trofi
Sementara itu, Khairil Azam Pilus atau Aril, 24 dari Kuala Lumpur yang diumumkan sebagai naib juara bagi musim ini pula seperti biasa tidak mengecewakan apabila sentiasa tampil dengan aksi dan persembahan yang cukup berani, tersendiri serta menghiburkan menerusi lagu Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi serta lagu baru Toksik
Dengan kemenangan itu, Aril yang kini digelar ikon di kalangan peminat remajanya berjaya membawa pulang hadiah berbentuk baucer percutian bernilai RM,3000 tajaan Maybelline, Camera U1030 (Olympus), Karaoke Set Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss (Hugo Boss), wang tunai RM10,000 serta trofi
Tempat ketiga menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu terakhir AF7. Kemenangan itu, sekaligus melayakkan Akim .untuk memenangi baucer percutian bernilai RM2,000 tajaan Maybelline, Camera F3320 (Olympus), wang tunai RM8,000 serta trofi
Berasal dari Johor Bahru, Johor Akim telah berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru Bengang dengan kejutan yang mantap
Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat keempat apabila menyampaikan lagu Dewa 19 berjudul Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi
Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila dia hanya sekadar berjaya menduduki tempat ke-5 dalam konsert akhir AF7 ini menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan…Godaan hasil ciptaan Zul suaminya sendiri
Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini dan Sidi
Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6 terdahulu Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan band muzik Bunkface
Konsert final hebat itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dan menampilkan pengacara diari AF7, Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie
Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya upacara graduasi akademi sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi
Berikut adalah kedudukan undian pada malam ini
Kedudukan undian sebelum konsert bermula
PELAJAR PERATUSAN (%)
HAFIZ 44 ARIL 22 YAZID 15 AKIM 13 ISMA 6
Kedudukan undian selepas undian ditutup
HAFIZ 46 ARIL 22 AKIM 18 YAZID 9 ISMA 5
Teruskan sokongan anda kepada mereka dan menonton rancangan-rancangan menarik di Astro Ria (Saluran 104)
huhu... best x tajuk kat atas tu... hurm.. memang aku bosan dok kat umah time cuti2 ni... tp nasib baik la ada member2 aku yang turut bercuti gak... ehehehehe... so... macam2 la aktiviti sampingan yang dijalankan masa cuti ni... antaranya... membersihkan rumah orang tua2, surau2... dan juga pejabat pos... hahahahah... sorry la aku merepek skit... ni semua puncanya adalah disebabkan aku.....
boring yang teramat la sgt...
apa2 pun... korang tgk la gambar2 kat bawah ni....