As Salam..
apa khabar semua? Sihat2 hendaknya.. aku terpanggil untuk menulis di blog aku untuk hari ini.. :).. al kisahnya.. ada seorg sahabat memberi pandangan kepada aku.. beliau mengatakan tentang video2 yang aku post kan di fb.. dia memberitahu tentang video2 yang aku post di fb banyak mengundang persoalan rakan2 yang lain..
Antara soalan2nya.. Adakah bob dah berubah? hurm.. sahabat aku juga ada mengatakan kepada aku supaya tidak menunjuk2 sgt seolah2 aku ingin berubah.. takut aku tidak istiqomah.. takut akan digelak oleh masyarakat.. JAWAPAN AKU: YA AKU MEMANG INGIN BERUBAH. DOA ORANG SEKELILING YANG AKU HARAPKAN..
Aku tidak marah kepada sahabat aku itu.. malahan aku terima ianya dengan hati terbuka.. itu maknanya dia sangat mengambil berat tentang aku.. tapi aku mempunyai alasan tersendiri..
bagi aku.. segala ilmu yg aku dapat.. perlu aku kongsi kan... mungkin ada mulut2 yang mengatakan "alah.. bob tu bukannya baik sgt.. tp nak post benda2 mcm tu.."
iya.. aku mengaku yang aku bukannya baik..
tetapi aku perlu melalui sesuatu perubahan.. dah byk sgt benda2 dosa yang aku buat..
ajal kita tidak tahu bila.. baik lah berbuat sesuatu supaya kita tidak terlambat...
Sahabat aku ada juga memberitahu mengenai isu aku memakai kopiah.. sebenarnya itu hanyalah secara KEBETULAN.. kerana menghadiri kenduri dirumah sepupu.. bg aku... aku belum layak untuk meyarungkan kopiah dikepala.. kerana banyak lagi yang perlu aku pelajari.. Kerana selalunya org2 yang memakai kopiah dikepala... antara org2 yang tinggi pengetahuan agamanya.. sedangkan aku masih merangkak mendalami ilmu Allah.. Itu hanyalah pendapat peribadi dari aku.. akan tetapi.. aku tetaplah muzzammil yg dulu.. cuma mungkin muzzammil yang sekarang lebih berhati2 mengeluarkan kata2.. dan lebih menjaga auratnya.. (doakan yang terbaik untuk saya). buat sahabat saya yang menegur.. terima kasih.. kerana teguran membina itu.. aku perlukan rakan2 yang macam ni.. yang tahu cara untuk menegur rakan2 lain.. kerana setiap teguran memainkan peranan bukan teguran yang menjatuhkan atau berbau sinis..
Tuesday, June 14, 2011
:: Lakukan Kerana Allah ::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Bob, aku support ko...persetankan cakap2 drp org lain...aku doakan hijrah ko kali ini berkonsepkan 'lifetime'...apa yg penting - consistency/istiqomah...good luck bro!
salam. alhamdulillah. teruskan je kerana Allah. anta telah punyai 'tali' yg kuat skrg.
kerana Allah, harap redha Allah. walau semua insan tak suka, tapi Allah suka, itu lebih baik dari segalanya.
Teruskan sahabat.
insyaAllah =)
Post a Comment