Friday, January 14, 2011

:: AF9 yang terakhir.. Dan Ujibakat melalui Youtube!::


Sumber: OHBULAN! dan astro

Ura-ura mengatakan pengetua Akademi Fantasia 9 (AF9) bakal diambil daripada negara seberang. Tetapi masih belum mendapat sebarang pengesahan daripada orang Akademi Fantasia sehingga sidang media kedua yang akan berlangsung pada 24 Januari nanti. Namun, soalan-soalan perangkap daripada wartawan sedikit sebanyak memberikan petunjuk bahawa pengetua AF9 mungkin daripada Indonesia.

Menurut pihak AF9, calon pengetua ini dipilih daripada negara luar supaya boleh berkongsi dan memberikan idea yang lebih segar kepada pelajar-pelajar musim baru.

Difahamkan AF9 merupakan siri program terakhir yang akan dianjurkan. Keunikan AF9 julung kali mengadakan audition secara online dimana anda boleh upload video di youtube dan daftar di laman rasmi AF9. Dengan jumlah fans di Facebook yang berjumlah hampir 1 juta, AF9 membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk menyertai sesi ujibakat mereka tanpa perlu beratur panjang.



Mengambil contoh daripada kisah kejayaan Yuna & Ana Raffali di mana bakat mereka dicungkil daripada laman Youtube, pihak AF9 yakin lebih ramai peserta yang berbakat di luar sana mempunyai peluang untuk menunjukkan bakat mereka. Harus diingatkan, setiap peserta perlu melalui 3 peringkat saringan sebelum dibenarkan masuk ke dalam Akademi Fantasia.

Sebanyak 40 lagu daripada pelbagai genre telah dipilih sebagai lagu wajib, iaitu 20 lagu untuk lelaki & 20 lagu untuk perempuan. Umur penyertaan masih kekal daripada 18 – 45 tahun. Pihak AF9 memaklumkan, saringan pertama pihak juri akan melihat sama ada peserta itu boleh menyanyi atau tidak, selain itu mereka akan melihat bakat serta pakej yang ada pada seorang peserta.

LANGKAH PENYERTAAN ONLINE (13 - 26 JANUARY 2011)

Kini, kami menyediakan cara baru untuk menguji bakat. Terdapat 40 lagu untuk dipilih. Anda tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan borang kerana anda boleh melengkapkan borang online dan juga menghantar video uji bakat anda secara ONLINE! Langkah-langkahnya mudah sahaja:



Pilih lagu yang disenaraikan di laman web ini.


LELAKI


1 Selamat Malam Faizal Tahir
2 Kebahagiaan Dalam Perpisahan Shahir
3 Drama King Muh
4 Extravaganza Bunkface
5 Billionaire Travis McCoy
6 Bukan Cinta Biasa Afgan
7 Ketulusan Hati Anuar Zain
8 Bila Cinta Gio & Felly
9 Noktah Cinta Hafiz
10 Yang Pernah Estranged
11 Dan Bila Esok Sofaz
12 Akulah Kekasih Mu Axl's
13 Tinggal Kenangan Salem
14 Tak Mungkin Berpaling Zamani
15 Pelita Api
16 Susun Silang Kata Aizat
17 Inilah Cinta Akim
18 Sorry Sorry Super Junior
19 Baby Justin Bieber
20 Yank Wali Band


PEREMPUAN

No Judul Lagu Penyanyi
1 Ku Ada Kamu Adira
2 Nobody Wondergirls
3 Realiti Dewi Alyah
4 Tolong Ingatkan Aku Ana Rafali
5 Jahat Stacy
6 Hati yang Kau Sakiti Rossa
7 Matahari Agnes Monica
8 Pelamin Anganku Musnah Azian Mazwan Safuan
9 Bila Cinta Gio & Felly
10 Bertamu Di Kalbu Jaclyn Victor
11 Helo Beyonce
12 Sejak Ku Bertemu Padamu Sanisah Huri
13 Gila Mila
14 Puisi Cinta Ella
15 Rela Tila
16 Aku Tak Percaya Cinta Liyana Jasmay
17 Cinta Sempurna Yuna
18 Tari Tualang Tiga Saloma
19 Cinta Ini Dato' Siti Nurhaliza
20 Ku Bukan Aku Tilu






Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.



Muat Naik video anda di www.youtube.com



Muat turun borang ujibakat yang terdapat di laman web astro.



Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke laman web astro.



Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya.



Semua video yang dihantar akan dipaparkan di laman web Akademi Fantasia untuk tontonan semua.



Tempoh ujibakat secara ONLINE, 13 Januari 2011 sehingga 26 Januari 2011.

No comments: