Friday, September 19, 2008

:: ADA BEZA? ::


APA YANG DITULIS DIBAWAH INI MERUPAKAN PENDAPAT SAYA SENDIRI....




salam... aku terpanggil untuk menulis blog pada malam ini.... aku ada la mendengar rungutan dari kawan2 aku (dari fakulti lain dan bukan FSPU)... mereka pada mulanya merupakan lepasan diploma dari uitm cawangan (selatan semenanjung Malaysia). Tp telah menyambung pengajian di peringkat ijazah di uitm induk ... tp apa yg ingin diperkatakan disini... ada sesetengah student yg asalnya lepasan diploma dari uitm induk dan foundation merasakan yang student dari lepasan diploma uitm cawangan ini sangat tidak suka bergaul dan mempunyai kelompok tersendiri....

Saya juga merupakan salah seorg pelajar lepasan diploma dari uitm cawangan mepunyai pendapat tersendiri...

-Cuba anda yang dari lepasan diploma uitm induk telah dicampakkan ke uitm cawangan untuk menyambung ijazah disana.. anda juga pasti mengalami masalah yang sama iaitu masalah kurang bergaul dan proses untuk bergaul mengambil masa bukan sehari dua atau sebulan dua...

-kerana untuk memahami perangai setiap seorg mengambil masa yang lama... anda juga mungkin akan bergaul dengan student2 yang dari uitm induk juga....

-dari pemerhatian saya.... student2 dari cawangan juga ada kalanya lebih bijak dari yang disangkakan...

-mereka juga mempunyai idea2 yang bernas... walaupun uitm cawangan terletak di kawasan yang dianggap ceruk dan hutan... tetapi dengan adanya teknologi dihujung jari.... segalanya2 mungkin....


TETAPI.....


- tidak semua student dari uitm induk itu berperangai sama seperti yang saya nyatakan
diatas tadi...

-ada juga diantara mereka yang boleh dianggap kawan....

-ada juga diantara mereka tidak kisah untuk berkawan dengan student dari uitm cawangan
mana pun.... kerana bagi mereka tujuan datang keuitm ni adalah untuk menimba ilmu dan
bukanlah untuk memikirkan benda2 yang remeh tersebut...


KESIMPULANNYA....

tidak kisahlah dari mana kita datang.... luruskan niat... kita mempunyai tugasan dan tanggungjawab yang sama untuk dilaksanakan diUitm ini.... iaitu menimba ilmu...



Read more...

Monday, September 15, 2008

::DEPATTERNING::





catcha,aja, mas & aku











catcha... berdiri tegak...





mas buat apa tuh?



hasil kerja kami




sapa lagi comel?



terbalik?



'eau' model


superimposition



giler dowh




'eau'










Minggu lepas pada 11-12 september telah diadakan exhibition "Depattering"...


iaitu semua kerja-kerja batch aku dipamerkan... tapi xsemua la yang menyumbangkan hasil kerja mereka... exhibition ni adalah idea dari en. nord... dan disusun aturkan oleh beberapa org student dari ba06 (batch aku ler tu) antaranya... hakim,wan,along,catcha, kak ani dan diri aku sendiri...


kat sini ada beberapa keping gambar yg telah aku ambil semasa exhibition tu berlansung.. chewahhh...

Read more...

Sunday, September 7, 2008

:: JODOH YANG CANTIK ::

copy dari blog catcha...


Renungkanlah sedalam-dalamnya ……………….




Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti... Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri atau suami tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang2 Allah sembunyikan matahari.. Dia datangkan petir dan kilat.. kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
Read more...